SHout






Sabtu, 11 Februari 2012

Comelkan...tapi...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Kawan-kawan semua mesti pernah melihat kereta-kereta di luar sana meletakkan anak patung di bawah bumper kereta. Betul tak? Rasa cute...comel..kan..kan...
Sila angguk...hihi..

Kalau nak tahus sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh tersebut menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta.
Supaya roh kanak-kanak tenang.
Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

So, lepas ni jangan buat lagi tau. Sesiapa yang ada pasang pada bumper kereta tu cabut okey. Pengajarannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.
Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..

Sama-sama kita ambil iktibar yer...

2 ulasan:

einz berkata...

owh..ni yg dok heboh2...ingatkan pe benda la tuh...hihi

iRiS berkata...

1st time nampak tue..ingatkan kot anak depa sja duk main letak kat c2 terlupa nak cabut hoho

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail