Okey, petang hari yang cerah ni, Qaseh nak ajar kawan-kawan resepi kek span pelangi
Actually, kek ni adalah salah satu kek yang paling Qaseh suka waktu kecil. Respi ni dari ibu Qaseh...tadi Qaseh dah cuba buat sendiri...hasilnya...tadaaa...
Tak comel kan...tapi....sedap...hihihi...semua puji...
Kalau kawan-kawan nak cuba...ini Qaseh bagi resepi kek span pelangi ni...nanti korang boleh cuba sendiri...
Bahan-bahan:
6 Biji Telur
1 1/2 cawan gula aising
3 cawan Tepung naik sendiri (Qaseh guna tepung ni)
2 cawan marjerin
1 sudu besar perasa vanilla / esen vanilla
1 sudu besar baking powder
1 sudu kecil pewarna (boleh pilih sendiri nak warna apa)
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul telur dan gula aising sehingga sebati
2. Masukkan marjerin dan pukul sehingga sebati
3. Masukkan perisa vanilla / esen vanilla pukul lagi
4. Masukkan pula baking powder dan pukul lagi
5. Kemudian masukkan tepung dan pukul sehingga kembang dan gebu (Qaseh guna kelajuan paling tinggi)
6. Apabila dah selesai asingkan kepada 3 bahagian (Kalau salah satu tak letak pewarna pun tak apa)
7. Masukkan warna dan kacau sebati dengan adunan tadi. (Seperti ini)
8. Masukkan tiga adunan berlainan warna dalam satu bekas pembakar kek
9. Bakar kek dengan kepanasan 150 darjah celcius selama 40 minit - 45 minit
10. Cara untuk mengetahui kek dah masak ada 2...
i) Bau wangi kek
ii) Cucuk lidi di tengah-tengah kek...jika lidi licin dan tidak melekit @ basah maknanya kek dah masak. Kalau tak tambah lagi 5-10 minit.
7 ulasan:
hahah...comotnya Qaseh buat kerja...kui...kui...
wah,,..kaler maler gitu ..huhu .. nama pun pelangi ye dok
hoho...cmni ghupenya...eh...qaseh kata cupcake...ngee...ni sebiji...dapnye~
kalau kukus boleh tak?
Asmak tgh bakar kek ni. X sabar nk tgg apa hasilnya sebab x cukup bahan. Asmak x masukkan baking powder. Igt ada stok rupanya ghaib. Hihihi. Tggl 20mnt menanti siap kek ni
Asmak tgh cuba buat kek ni. Harap2 menjadi r sebab pakai tepung lama dan x letak pun baking powder. Igt baking powder ada tp x jumpa.
6 biji telur???? biar betol
Catat Ulasan