SHout






Khamis, 9 Februari 2012

Customer Always Right

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Kalau semua baca tajuk pun dah tahu Qaseh nak bercerita mengenai apa hari nie kan? Korang semua pernah jadi pelanggan kan...Qaseh pun pernah jadi pelanggan. Jadi Qaseh nak tanya...macamana layanan yang korang harapkan bila menjadi seorang pelanggan? Tak kira lah korang pergi pasaraya ker, kedai makan ker...janji jadi pelanggan.

Mesti semua akan jawab mestilah mahukan layanan yang bagus, berhemah, good service...betul tak? Semua kan anggukkan kepala setuju dengan Qaseh kan...
 
Then, kita fikirkan...kenapa slogan ''CUSTOMER ALWAYS RIGHT'' tu sentiasa menjadi slogan semua yang berniaga. Sebabnya, yang berniaga tu pun adalah pelanggan. Mereka juga pergi ke pasaraya, kedai makan, restoran macam kita semua....

Jadi, sebagaimana kita harapkan orang melayan kita dengan baik...jika kita menjadi pekerja dan peniaga kita juga perlu melayan baik pelanggan kita. Qaseh buat entri nie berdasarkan entri Abg Ben yang ini.

Berdasarkan apa yang Qaseh lihat, pekerja tu dah terlalu hilang sabar. Biar Qaseh ceritakan pengalaman Qaseh bekerja di sebuah pasaraya ''CARREFOUR'' satu masa dulu.

Pada mulanya, Qaseh bekerja sebagai cashier. Tekanan menjadi seorang cashier Qaseh rasakan bila waktu-waktu nak dekat perayaan besar. Macam HARI RAYA, TAHUN BARU CINA...dua perayaan tu memang akan memenatkan jika menjadi cashier.

Cuba korang bayangkan, bila cuti umum mesti ramai cashier nak bercuti kan. Jadi yg tinggal hanya beberapa kerat jer. Yang beberapa kerat tu lah yg kena menerima bayaran dari baribu2 customer yg datang. Waktu2 macam nie, walaupun buka kaunter bayaran 10 pun belum tentu boleh hilangkan Q yang panjang tu. 

Bayangkan, kami yang berdiri di cashier tu pernah tak buka puasa sebab tak ada cashier lain untuk gantikan kami. Semua dah cuti sebab nak balik kampung. Pergh...korang bayangkan. Tangan dan otak nak wat kerja..tapi, perut kosong.

Kemudian, Qaseh ditukarkan menjadi pegawai khidmat pelanggan, yang duduk kat kaunter pertanyaan tu. Waktu nie, Qaseh mmg banyak hilang sabar. Sebab berjumpa dengan customer-customer yang kurang ajar. Namun, Qaseh tak cepat melatah. Bagi Qaseh diorang pelanggan. Qaseh juga pelanggan. Jadi, kita layan jer lah sebaik mungkin. 
 
Berkat kesabaran Qaseh, waktu nie Qaseh dapat award ''PEKERJA TERBAIK''. Ini kerana ada seorang customer tu Qaseh tolong dia dapatkan hadiah yang sepatutnya dia dapat apabila membeli susu MAMIL GOLD. Hadiah bukan murah okey. Hadiah mahal tau. Tapi, kami kehabisan stok. Jadi, Qaseh bawa dia pergi jumpa pengurus bahagian Grocery untuk dapatkan hadiah tu. 
 
Alhamdulillah, hadiah tu masih ada stok dalam stor. Dia pun membuat komplen yang baik mengenai Qaseh. Tak sangka sangat...semua pekerja kat pasaraya tu tau Qaseh pekerja terbaik. Sebab anugerah tu julung2 kali diberi.

Kemudian Qaseh dinaikkan pangkat menjadi penyelia juruwang pula. Waktu ni lah Qaseh faham keadaan dalam bilik besi. Bilik yang menempatkan cashier2 dan penyelia2. Ingat tak Qaseh cakap tak ada cashier lain nak gantikan Qaseh buka puasa dan rehat. Waktu tu, sebagai penyelia Qaseh dah faham dah. Betapa penat menjadi cashier dengan tak rehatnya.

Jadi, sebagai seorang penyelia, Qaseh menggantikan cashier yang mana nak berehat tu. Kesian kat diorang. Dan, sikap Qaseh tu telah menjadi satu cara yang digunakan sehingga sekarang. Kalau korang ke carrefour, korang nampak yang jaga kat kaunter tu yang pakai baju batik2 tu...sebenarnya penyelia. Bukan cashier.

Tengok, kalau kita layan orang lain dengan baik, kita juga akan mendapat balasan yang baik kan. Sebenarnya kita kena faham kerja orang lain, macamana tugas diorang. Baru kita akan bersifat terbuka. 
 
Truely, sampai sekarang...kalau Qaseh kena tunggu berjam-jam pun tak per...sebab dah tahu tugas mereka macamana. Tapi, kalau sengaja buat kita menunggu tu kita tegur dulu. Kalau tiada tindakan, baru kita buat komplen ker apa ker...

5 ulasan:

Reena Sidek berkata...

betul kata qaseh tu... kita akan paham apa yg dilalui seseorg itu sekiranya kita pernah ditempat tu...

Unknown berkata...

wahh.. dapat anugerah pekerja terbaik.. bagusnyee.. =D

Mr. Doctor berkata...

Wah.. Bagusnya sikap Qaseh.. Smpai dpt award tu.. IshaAllah.. Kalau kita buat baik ka org.. Balasan yg baik juga la untuk kita.. kan kan..

dya nasir berkata...

dya dulu kerja waiter, memang terpaksa sabar je..bila dorang koplain mknan tak cukup masak lah.. dorang tak salah kan dak kitchen tp waiter..time tu memang memerlukan kesabaran yg tinggi..huhu

Nadia berkata...

dulu masa nad keje starbucks..sokmo lah..customer is always right...tensen kdg2..huhu..:)

p/s :: syang,xpe...next time join yer..:)

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail