SHout






Selasa, 7 Februari 2012

Jom Menutup Aurat Dengan Betul

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥




Terdapat banyak kesilapan penutupan aurat wanita hari ini.
Apakah kesalahan-kesalahan tersebut?
Ustaz Azhar Idrus menjawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA 
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA 
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA 
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH 
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja.
Ia adalah tidak tepat sama sekali.
Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

4 ulasan:

Reena Sidek berkata...

byk org yg ambil mudah cara bertudung ni.... hmmm...

Mak Usu berkata...

Menutup aurat adalah satu kewajipan.. :)

einz berkata...

sememangnya masih ramai yg beranggapan begitu....

Unknown berkata...

salam..

ala...alif isi masa lapang je cuti2 sem ni..bukan serius sgt nak bisness.. sambil2 belajar grafik..

dapat juga tampung duit untuk belanja masa study nanti..

qaseh taknak tempah ke 1 set??? huhuhu...sokong lah alif..huhu..

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail