Benarkah bila lelaki jatuh cinta ia benar2 serius dengan percintaan itu? Bukankah lelaki paling suka mempermainkan cinta...??? Baginya cinta adalah suatu permainan perasaan bagi melenyapkan sunyi dihati dan menjadi hiburan dikala bosan...Benarkah??
Apabila lelaki serius dalam percintaan....
1. Kecantikan kamu diketepikan
keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar beratus sms...walaupun tidak dibalas..ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu…
2. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya
Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
3. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
4. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu
5. Sentiasa Menasihati Kerana Bimbang
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam yang akan difikirkannya termasuklah bimbang akan kehilanganmu. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.
6. Sensitif
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
7. Cemburu
Boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
8. Manja & Mudah Merajuk
Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu. Lucu bukan? Tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
9. Mengongkong
Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...
11. Setia
Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..
2 ulasan:
yam sy setuju.. laki ni istimewa kalau dia dah betul2 sayang.. alhmdulillah sudah kutemui ;')
yup..bila lelaki benar2 mencintai wanita itu dia akan sentiasa mengambil berat dan menjaga wanita tu....
Catat Ulasan