SHout






Ahad, 30 Oktober 2011

Bahaya Menggunakan Komputer Riba Di Katil Anda...

Assalamualaikum...Qaseh ingin kongsikan maklumat daripada kawan2 di FB Qaseh...

Sepasang suami isteri kehilangan anaknya yang berumur 25 tahun didalam kebakaran yang berlaku dirumah mereka pada 4 Jun yang lalu. Anak mereka iaitu graduan MBA dari University of Wisconsin-Madison pulang kerumah awal dua minggu untuk sementara waktu. Dia telah makan tengahari bersama bapanya dan kemudian membuat keputusan untuk pulang ke asrama agar dapat membersihkan bilil hostelnya. Namun, bapanya menyuruhnya menunggu sebentar sementara ibunya pulang. Lalu, dia membuat keputusan untuk berehat sebentar di atas katil sambil menunggu ibunya pulang dari kerja. Namun. beberapa ketika kemudian jiran mereka telah menelefon 911 apabila melihat asap hitam dari rumah mereka.

Malangnya, anak mereka yang berusia 25 tahun tersebut meninggal dunia di dalam rumah mereka yg berusia 3 tahun itu. Siasatan yang dilakukan mengambil masa beberapa hari untuk menemukan punca kebakaran tersebut. Akhirnya, punca kebakaran dikenal pasti adalah disebabkan komputer riba yang diletakkan di atas katil. Dikatakan apabila komputer riba diletakkan diatas katil, udara panas yg dihasilkan oleh komputer riba tersebut terperap dan tidak dapat disejukkan oleh kipas penyejuk dan perkara tersebutlah yg telah menyebabkan kebakaran. Anak mereka juga tidak dapat bangun untuk menyelamatkan diri kerana dia telah mati akibat dari menghidu karbon monoksida.

So, kawan2...kalau nak berblogging guna Lappy korang...tolong jgn guna diatas katil jer...kita tak tau sejauh mana kebenarannya. Tapi, lebih baik mencegah dari mengubatikan...

4 ulasan:

ciwty sajjeh berkata...

thanks for information :)

lepas ney ta nak letak lappy atas katil lagi..huhu

Asyikin berkata...

terasa mak jemah tau -_-

Kak Sam berkata...

Tq fo sharing. Salam kenal Qaseh. Maaf lambat buat kunjung balas.

Cik Cura berkata...

oh yeke??
camtu sekali ek
i tak suka letak lappy kat katil sebab akan merosakkan kipas laptop
tak sangka lak leyh sebabkan kebakaran.

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail