SHout






Sabtu, 14 Januari 2012

Cinta Kasih Suci

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
AMARAN!!! Ini kisah benar perjalanan hidup seorang gadis. Nama tempat dan jalan cerita ditukar mengikut kesesuaian agar tidak menyakiti dan menyinggungkan sesiapa. Jika anda rasa menyampah nak membaca ... sila jangan baca yer. Tujuan untuk berkongsi pengalaman hidup beliau yang boleh memberi pengajaran kepada anda. Teruskan membaca. 

p/s: Cerita ini akan di update setiap masa dan akan menjadi cerita panjang. Sila BULATKAN mata anda. Dan jangan jemu membaca okies!

#Pertama kali melihat dunia

Intan Nur Laila, dilahirkan pada tahun 1985 di Hospital Taiping. Satu-satunya anak perempuan tunggal milik Puan Nurafifah Ismail dan suaminya Faizal Ahmad. Anaknya yang lain adalah lelaki. Tiga orang kesemuanya. Puan Ifah dan Encik Faizal bersyukur kerana setelah menunggu hampir sepuluh tahun mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang sihat dan comel.



Menjaga Intan tidaklah sesukar mana kerana si kecil yang comel itu, tidak banyak meragam dan hanya menangis apabila lapar sahaja. Berbanding dengan tiga orang abangnya yang sentiasa menangis siang dan malam kerana susu badan puan Ifah tidak banyak. Lalu mereka terpaksa diberi susu formula.

Setelah Intan berusia 6 tahun, dia dimasukkan ke sekolah Tabika Insaniah di Taiping. Berdekatan dengan rumahnya. Waktu itulah pertama kali dia sedar akan keadaan dunia. Bagaikan baru terjaga dari mimpi, Intan melihat sekelilingnya. Dia memandang ibunya yang memimpinnya untuk ke sekolah. Dia menyentuh baju sekolah petak-petak hitam putih yang dipakainya. Dia memandang pula seorang kakak yang sedang melambai-lambainya dari pintu kelas. Kakak itu bakal menjadi gurunya nanti.

Disekolah, Intan seorang pelajar yang pintar. Setiap kali ujian dia akan mendapat tempat pertama. Dia menjadi kesayangan guru-guru dan ibubapanya. Dirumah pula, dia adik yang baik dan anak yang mendengar kata. Tidak pernah dia bergaduh dengan abang-abangnya dan tidak pernah pula dia ingkar kata-kata ibubapanya. Buktinya, acapkali pulang dari sekolah Intan akan terus membuat kerja sekolah tanpa membuka baju sekolahnya. Dia seringkali ditegur ibunya kerana risaukan dirinya yang tidak endah dengan waktu makan.

#Perangai Berubah

Namun, lama kelamaannya perangai Intan berubah menjadi kasar. Mungkin kerana pengaruh abang-abangnya yang sememangnya lelaki.

Intan pandai memanjat pokok dari abang-abangnya. Dia lebih kerap mengikut kanak-kanak lelaki bermain dari teman-teman perempuannya. Perubahan sikapnya itu tidak disenangi oleh ibunya Puan Iffah. Oleh kerana itu, apabila umurnya menginjak 12 tahun ibunya menghantar dia untuk tinggal bersama neneknya di Johor. 

Disana, Intan diajar cara-cara percakapan, pemakaian dan sikap seorang perempuan yang sebenar. Bukan itu sahaja, Intan juga telah pandai memasak, membasuh, menjahit, mengemas rumah dan menghias dirinya walaupun umurnya baru menjangkau 13 tahun. Setelah dirinya dilihat berubah, barulah ibunya mengambilnya semula.

Mungkin kerana sifat nalurinya sebagai seorang perempuan mula terbit, Intan menginginkan seorang adik perempuan untuk menjadi penemannya. Hasrat itu disampaikan Intan kepada ibunya. Terkejut ibunya bukan kepalang. Begitu juga ayahnya. Intan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh jika diberi seorang adik perempuan kepadanya.

Akhirnya setelah 2 tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Allah s.w.t mengurniakan anak perempuan kedua kepada Puan Iffah dan Encik Faizal. Gembira Intan bukan kepalang. Dengan gembira Intan memberi nama kepada adiknya itu iaitu 'NUR FATIHAH' yang bermaksud 'cahaya kesyukuran'.

#Menjadi Dewasa

Intan bersekolah menengah yang hanya jarak 2 km dari rumahnya. Dia rela berjalan kaki ke sekolah dari menyusahkan ayahnya menghantarnya pergi dan balik. Bukan tidak dipelawa untuknya sebuah basikal. Namun, Intan tidak mahu menyusahkan kedua ibu-bapanya yang sememangnya susah. Baginya, tujuannya ke sekolah adalah untuk berjaya agar dapat membantu keluarganya. Bukan menyusahkan lagi.

Pada suatu hari, Intan merasa tidak sedap badan. Perutnya sakit dari pagi lagi. Disebabkan tidak lagi dapat menahan sakit, Intan meminta gurunya menelefon ayahnya untuk menjemputnya. Kerana dia rasa tidak larat untuk meneruskan berjalan kaki hingga ke rumah.

Apabila sampai di rumah, Intan terus menuju ke bilik air. Sakitnya tidak tertahan-tahan lagi. Tiba-tiba ibunya mendengar suara Intan menjerit. Ibu Intan kelam kabut melihat Intan menangis di dalam tandas. Intan dengan tangan menggigil menunjukkan seluar dalamnya yang penuh dengan darah. Intan memang takutkan darah. 

Tidak semena-mena ibunya tergelak besar. Intan menjadi pelik. Apabila ibu Intan keluar dari bilik air, ibunya terus memanggil ayahnya. Ibunya berkata "anak awak dah besar dah!". 

Rupanya-rupanya barulah Intan tahu bahawa itu adalah perkara biasa bagi seorang wanita apabila cukup dewasa. Walaupun Intan seorang yang takutkan darah, namun jika tiba waktu 'Bulan Mengambang' dia tidak takut. Kerana sudah terbiasa. 

p/s: tunggu sambungannya yer!!!
 

3 ulasan:

dyabunga berkata...

anda di tag http://yayabunga.blogspot.com/2012/01/segmen-mr-eraz-fadli-tingkatkan.html

Mak Usu berkata...

bestla..xsabar nk tunggu sambungannya...

Iffah Afeefah berkata...

hurm intan da berubah

yeeee dlu pon rase gtu gak

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail