SHout






Selasa, 31 Januari 2012

Madah Cinta #4

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti, 
kelak ada insan yang bakal dilukai, 
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri. 
 
Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, 
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, 
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali 
dan Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup mencintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan 
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan 
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan 
Ku serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya 
Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya 
 
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga." (Umar Bin Khattab ra)

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam..

btoll tue..Biarlah Allah yg tentukan sgalanya..kerana hanya Dia yg paling mengetahui... :)

smoga diteguhkan hti kita.. Amin

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail