SHout






Jumaat, 13 Januari 2012

Segmen ISLAM itu indah, I love ISLAM

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Qaseh teringin join segmen ini,
Sesiapa nak join sila klik banner k...

Sebenarnya Qaseh kurang nak bercerita mengenai diri sendiri,
tetapi untuk berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan semua
betapa indahnya Islam tu,
Qaseh dengan ikhlas hati akan bercerita..
Sudilah mendengar yer...

Qaseh pernah mengalami satu masalah yang sangat besar
Mungkin tidaklah besar, tetapi bagi Qaseh ia adalah ujian paling besar yang Allah s.w.t
beri pada Qaseh.
Ujian yang mana Qaseh pun tidak sangka dapat melaluinya
Ujian, memberi orang yang kita sayang kepada orang lain yang menyayanginya...
Tiap kali terpandang kemesraan mereka.
Qaseh rasakan terlalu sakit, pedih dalam hati...
Wanita tu org yg rapat dgn Qaseh
Tak sanggup Qaseh nak lukakan hati kedua2nya
Masing2 mengaku saling menyayangi
dan mereka dah merancang untuk mendirikan rumahtangga
Pada mulanya Qaseh tak dapat terima semua ni
Qaseh menganggap mereka menikam belakang Qaseh

Tetapi, akhirnya...
Berkat kesabaran...nasihat dari org yang Qaseh hormati
Qaseh berserah diri dan segala urusan kepadaNYA

Masih Qaseh ingat, doa Qaseh sewaktu merintih padaNYA,
sewaktu Qaseh sujud padaNYA,
dengan ikhlas Qaseh berdoa

"Ya, Allah ya tuhannya, sesungguhnya aku tidak sanggup untuk menghadapi dugaanMU ini.
Aku hambamu yang lemah, memohon perlindunganMU dari hasad dengki, iri hati dan umpatan keji.
Ya, Allah...jika apa yang berlaku ini terbaik untuk diriku dan keluargaku pada masa hadapan,
Kau tabahkanlah hatiku untuk menghadapi semua ini.
Aku redha Ya Allah.
Namun, jika apa yang berlaku ini adalah hasil dari perkara-perkara yang syirik dan mungkar,
Kau jauhilah aku...dan lindungilah aku Ya Allah."

Selepas itu, Qaseh merasa terlalu lega...
Qaseh dah boleh bergaul macam biasa dengan mereka berdua
Walaupun masih terasa pedih dalam hati
Seboleh-bolehnya Qaseh senyum..
Senyum untuk menunjukkan kepada mereka
Betapa Qaseh sayang kedua2 mereka
 
Lihatlah...kuasa Allah s.w.t
hanya dengan sepotong doa, asalkan kita ikhlas
Insyallah, Allah akan makbulkan
dan kejadian itu juga membuka mata Qaseh
setiap yang berlaku ada hikmahnya....



2 ulasan:

||aLeaSaRa|| berkata...

owh wish u luck sis!nak join jugaklah kalau ada masa.

bila hati ikhlas Allah akan berikan ketenangan di sebalik kesedihan.jadikan itu semua memori manis...tak semestinya sesuatu yg kita syg itu yg terbaik utk kita.hanya Allah yang Maha Mengetahui :)

Unknown berkata...

salam..nice :) islam itu indah bagi sesiapa yang menghargainya,,

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail